Sejarah Penubuhan BTPN Sarawak
 
 
1. LATAR BELAKANG PENUBUHAN
 
1.1 Pada tahun 1958, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN Sarawak) mendapati sekolah-sekolah terutama di luar Bandar dan pendalaman Sarawak menghadapi masalah kekurangan guru terlatih serta kekurangan bahan pengajaran-pembelajaran (P&P) khasnya untuk mata-mata pelajaran bahasa yang didapati amat penting untuk pemerolehan dn penguasaan ilmu. Dengan itu, buat pertama kalinya di Malaysia satu unit yang dikenali sebagai School Broadcasting Service (SB) atau Siaran Radio ke Sekolah-Sekolah ditubuhkan. Unit ini bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan melalui radio bahan P&P berasaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


1.2 Bermula dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris, SB mendapat sambutan yang menggalakkan dan dalam masa dua tahun telah mengembangkkan dan dalam masa dua tahun telah mengembangkan rancangan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Iban, Kesihatan, Geografi, Cerita Bahasa Inggeris dan Nyanyian Bahasa Inggeris. SB bukan sahaja telah mendapat perhatian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi juga bantuan kewangan, peralatan serta kepakaran dari New Zealand, Australia dan Jepun.
 
2. KONSEP AWAL PENUBUHAN
 
SB yang menjadi asas kepada pembentukan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPNS) pada dasarnya diwujudkan untuk :


2.1 menyediakan bahan P&P yang sesuai bagi mata pelajaran bahasa.
2.2 menyediakan garis panduan yang mudah untuk P&P bahasa kepada guru-guru tidak terlatih.
2.3 menyediakan bahan P&P untuk guru di sekolah-sekolah luar Bandar dan pendalaman yang menghadapi kekurangan alat bantuan mengajar (AMB)
Bahan-bahan yang disiarkan adalah berasaskan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dan disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang musim persekolahan. Sekolah-sekolah digalakkan menyelaras masa dalam Jadual Waktu Siaran radio SB dengan Jadual Waktu Persekolahan.
 
3. SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN
 
1958 SB ditubuhkan setelah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak mendapati guru-guru khasnya di sekolah luar Bandar dan pendalaman Sarawak menghadapi masalah dalam mengajar mata pelajaran bahasa. Projek rintis SB ialah dengan memperkenalkan rancangan Bahasa Inggeris.
 
1959 SB memperkenalkan rancangan Bahasa Melayu dan Bahasa Iban
 
1960 Dengan bantuan kewangan, peralatan dan kepakaran dari New Zealand, Australia dan Jepun, SB memperkenalkan rancangan untuk mata pelajaran Kesihatan, Geografi, Cerita Bahasa Inggeris dan nanyian Bahasa Inggeris. Sebanyak 778 sekolah rendah terlibat dalam program ini.
 
1964 SB melancarkan programnya ke sekolah menengah dangan rancangan-rancangan untuk Bahasa Inggeris, Sejarah dan Muzik bagi Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 3.
 
1974 -1975
Kementerian Pelajaran Malaysia memperluaskan Educational Media Service (EMS) atau Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) ke Sarawak.
SB diserap sebagai salah satu unit di EMS.
SB ditukar nama kepada Educational Radio atau Radio Pendidikan (RP)
Unit-unit lain di bawah EMS adalah Unit Sumber Pendidikan dan Unit Teknikal.
EMS diwujudkan di setiap bahagian Negeri Sarawak sebagai jaringan.
-
1976 TV Pendidikan (TVP) dilancarkan dengan memperkenalkan 42 rancangan untuk sekolah rendah dan 24 rancangan sekolah menengah. Pada masa tersebut, peranan EMS terus dikembangkan dengan aktiviti merakam salin rancangan-rancangan TVP serta mempromosi penggunaannya secara ‘on-air’ dan ‘off-air’ dalam proses P&P.
 
1980 Perjawatan EMS dipindahkan daripada JPN Sarawak ke BTP Kementerian Pelajaran.
 
1983 Peranan dan fungsi EMS dikembangkan lagi kepada memberi khidmat nasihat dan bantuan ke sekolah-sekolah dalam penubuhan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dan namanya ditukar kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak.
 
1990 Pusat Kegiatan Guru (PKG) diwujudkan dan BTPN Sarawak bertanggungjawab terhadap 25 buah PKG (26 sekarang) seluruh negeri. 14 buah PKG di Sarawak beroperasi di bangunan tetap sementara 11 buah lagi menumpang sama ada di sekolah atau di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
 
1995 – 1996 Penerbitan dan penyiaran Radio Pendidikan, bahagian Teknologi Pendidikan (Kementerian Pelajaran) dihentikan pada 1995, dihentikan juga di BTPN Sabah pada 1996. Mulai 1996, Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang menerbit dan menyiar Radio Pendidikan hingga kini.
 
1996 BTPN Sarawak beroperasi melalui lima unit utama iaitu Unit Penyiaran, Unit Pembangunan Media & Projek Khas, Unit Pusat Sumber dan Unit Latihan, Unit Penyelidikan dan Penilaian, dan Unit Penyelarasan BTPB, PKG & Percetakan. Unit-unit utama ini dibantu oleh dua unit sokongan iaitu Unit Teknikal dan Unit Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan.
 
Perkembangan SB amat pesat: dari siaran RP bahasa utam yang diajar di sekolah pada 1958 ke rancangan RP yang meliputi Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Iban, Sains, Pendidikan Agama islam, Panoram Pendidikan dan Majalah Pelajar. Mulai tahun 2000, RP secara interaktif mula diterbit. Siaran RP secara ‘on-air’ yang dulunya melalui dua buah konti RTM akan disiar melalui Konti BTPN Sarawak dan sebuah Konti RTM mulai tahun 2000.