19 April 2017 Rabu
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN KAPASITI PROFESIONALISME                        
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Pelan Operasi Latihan bagi tujuan  Peningkatan Profesionalisme Khusus dan Am dan Peningkatan Kompetensi atau Kemahiran Khusus dan Am kepada semua kakitangan di BTPN, tujuh buah Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan 26 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) berpandukan Matrik Kompetensi staf, Analisis Keperluan Latihan atau Training Need Analysis (TNA).  
2. Merancang, mengurus dan menilai program latihan untuk mencapai sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun untuk meningkatkan kompetensi staf BTPN dan PKG, berdasarkan objektif kualiti Pengurusan Latihan.        
3. Mentadbir dan memantau pelaksanaan latihan, pengurusan perubahan personel BTPN, PTPB, dan PKG berdasarkan Sistem Pengurusan Latihan (SPL).            
4. Menyediakan laporan pelaksanaan program latihan, pengurusan perubahan dan laluan kerjaya personel BTPN, PTPB dan PKG.
5.     Merancang, mengurus dan melaksana dan menilai program latihan bagi Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik komputer sekolah.             
6.  Menyelaras kursus anjuran unit-unit dan mengurus jemputan kursus daripada agensi luar (KPM mahupun agensi Bukan KPM).            
7. Melaksana penambahbaikan program latihan dan pengurusan perubahan dari semasa ke semasa.    
8. Menyelaras dan mengurus Latihan Industri (LI) di BTPN.    
                    
AKTIVITI UNIT                    
1. Merancang dan mengurusetiakan program-program latihan/ kursus/ taklimat/ bengkel sepanjang tahun        
2. Menerbitkan buletin Ruai BTPN Sarawak (sekali setahun)            
3. Menyelaras Sanggar Bestari (Perhimpunan Bulanan)
4. Menyelaras Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif BTPN