Rangkaian BTPN

Rangkaian BTPN terdiri daripada tujuh (7) buah Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan 26 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tujuan utama penubuhan rangkaian BTPN adalah untuk memastikan setiap tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilakasanakan dengan sempurna dan menepati masa.

Rangkaian BTPN secara amnya bertanggungjawab membantu BTPN dalam perkara-perkara seperti berikut:
1. Membantu menyelaras dan memantau urusan penyelenggaraan.
2. Membantu dalam memastikan pelaksanaan Pembestarian Pendidikan.
3. Membantu mengurus penyelarasan dan pemantauan Projek Khas KPM.
4. Memantau pengurusan serta penggunaan PSS.
5. Membantu melaksanakan Pemolihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah/Zon.
6. Membantu menyebar dan mempromosi bahan cetak dan bukan cetak.
7. Membantu memupuk ikhtiar dan minat guru-guru ke arah mempertingkatkan kualiti profesionalisme.